Perak akan guna acuan PRK untuk PRU 14

Beliau yang juga menteri besar Perak berkata, sebagai ‘war room’ terbaik bagi zon utara untuk PRK, BN akan memberi tumpuan penuh kepada semua kerusi yang dimenanginya semasa pilihan raya umum yang lalu, memetik laporan Umno Online.

“Bukan mahu memuji diri sendiri tetapi kami diiktiraf sebagai ‘war room’ terbaik bagi zon utara untuk PRK,” katanya sambil memberitahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu acuan itu dikongsikan dengan negeri lain.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bantuan persekolahan program Kembali Ke Sekolah 2017.

Terdapat 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak dengan 31 daripadanya dimenangi BN, DAP (18), PKR (5) dan PAS (5). Namun, satu daripada kerusi PAS kini disandang wakil Parti Amanah Negara (AMANAH).

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 minggu lepas, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak membayangkan bahawa pilihan raya umum ke-14 akan diadakan tidak lama lagi.
Mandat kerajaan BN bakal berakhir pada Jun 2018.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, selain itu, BN Perak akan berusaha menawan kerusi-kerusi lawan untuk memastikan BN terus berkuasa di Perak.

“Kesemua 59 kawasan di Perak perlu diberi perhatian namun, sudah semestinya kita akan memberi perhatian kepada kawasan yang dimenangi semasa PRU13,” jelasnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri