Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata adalah tidak wajar menyakiti atau memfitnah seseorang sehingga menjejaskan perpaduan yang terjalin dalam kalangan masyarakat India lebih 7 dekad.
“Kita perlu duduk semeja menyelesaikan segala isu berbangkit dan adalah tidak baik asyik mengadu keburukan sahaja.
“MIC yang ‘tanam pokok’ (bina sekolah) tapi, jasa itu tidak penting untuk sesetengah pihak. Mereka hanya mahukan buah dari pokok itu. (mahukan manfaat sahaja, tanpa pentingkan asas penubuhannya).
Jika sikap ini berterusan, pemikiran sempit sedemikian tidak akan membantu kemajuan komuniti dan sekolah Tamil secara menyeluruh,” katanya di majlis meletakkan batu asas pembinaan bangunan tambahan SJKT Mak Mandin, Butterworth di sini. – Malaysia Nanban