Media-media tempatan memetik Naib Presiden Komunikasi Korporat Garuda Indonesia Benny Sigar Butarbutar sebagai berkata, penumpang itu, yang dikenali sebagai Koufiah Jihad Zaki, ditahan susulan menjalani pemeriksaan imbasan sinar-X sebelum menaiki pesawat.
Semasa membuat pemeriksaan sinar-X, pegawai penguat kuasa terkejut kerana mendapati beberapa ekor ular disembunyikan di dalam seluar dan sarung kaki lelaki itu.
“Dia menggunakan cara melilitkan ular-ular yang ingin dibawanya ke Jeddah di kedua-dua kakinya… dia membawa 10 ekor anak ular jenis phyton,” katanya.
Menurutnya siasatan mendapati Koufiah cuba menyeludup ular hidup dari Indonesia bagi tujuan perniagaan di Arab Saudi. – Bernama