Penumpang boleh tonton filem dalam pesawat AirAsia

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata perkhidmatan itu disediakan dalam penerbangan AirAsia Malaysia yang terpilih (penerbangan kod AK) pada alamat www.rokki.com, dan sekarang ini meliputi 33 pesawat.

Kandungan portal itu menyediakan maklumat pelancongan, video fesyen dan sukan yang dihasilkan oleh AirAsia, serta kandungan dari Astro Shaw seperti filem-filem blockbuster tempatan termasuk Ola Bola, Polis Evo, Maindhan dan The Journey.

AirAsia berkata filem aksi tempatan seperti ‘Temuan Takdir’ ditayangkan dalam penerbangan terpilih selama tiga hari dari 8-10 Ogos, ini merupakan kali pertama, filem Malaysia dikeluarkan dalam penerbangan sebelum tayangan perdana di dalam panggung.

Ketua Pegawai Eksekutif Aireen Omar berkata sambungan pada Rabu menjadi satu keperluan, dan syarikat penerbangan itu berasa gembira untuk menyediakan Wi-Fi roKKi kepada semua tetamunya dan berkongsi penambahan yang telah dibuat ke atas platform tersebut.

“Sekarang, para tetamu boleh menikmati hiburan percuma pada peranti mereka sendiri ketika dalam penerbangan, dengan pelbagai kandungan tempatan dan antarabangsa yang disediakan.

“Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan tetamu kami menaiki penerbangan yang dilengkapi dengan roKKi, dan berharap mereka akan mengambil kesempatan daripada hiburan dalam penerbangan ini, selain daripada menggunakan laman sembang roKKi dan pelan-pelan Internet, yang boleh didapati pada harga yang berpatutan,” kata Aireen.

Pelan AirAsia roKKi Wi-Fi termasuk Pelan Sembang hanya berharga RM9 untuk 3MB (WhatsApp, WeChat, LINE, KakaoTalk & aplikasi Viber) dan Pelan Internet pada harga RM18 untuk 10MB (untuk penggunaan ringan Internet tidak termasuk YouTube serta aplikasi muat turun dari kedai dalam talian), kata syarikat penerbangan itu. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia