Pensyarah UniSZA ditemui mati dalam tandas

Mayat pensyarah Abdul Malik Mohamad, 32, ditemui oleh adiknya yang juga penuntut di universiti berkenaan selepas beberapa jam gagal dihubungi oleh pelajarnya.

Sumber berkata, kehilangan pensyarah berkenaan disedari apabila arwah tidak masuk mengajar malam tadi.

“Sepatutnya arwah ada kelas pada jam 8 malam semalam, namun dia tidak hadir. “Malah, pelajarnya juga beberapa kali menelefonnya untuk memaklumkan mengenai kelas berkenaan tetapi gagal.

“Sebaik dimaklumkan mengenai kehilangan pensyarah itu oleh pelajar-pelajarnya, adik pensyarah itu terus mencarinya di pejabat kira-kira jam tiga pagi sebelum membawa kepada penemuan mayat abangnya,” kata sumber itu.

Mayat pensyarah berkenaan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. – BH Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia