Penonton asing hina Jalur Gemilang ditahan

Kesemua sembilan lelaki tersebut dipercayai rakyat Australia, berbuat demikian di hadapan penonton ketika perlumbaan Formula Satu Grand Prix pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata kesemua mereka ditahan pada pukul 5 petang semalam sejurus selesai menyaksikan F1 di litar berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kesemua penyokong dari Australia itu didapati berada di bawah pengaruh alkohol dan seluar dalam bercorak Jalur Gemilang itu dibeli di negara mereka,” katanya, memetik Kosmo Online.

Kesemua mereka kini ditahan reman selama empat hari mengikut Sekayen 504 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan mengaibkan untuk tujuan memecah belah keamanan dan Seksyen 14 Kanun Keseksaan iaitu berlakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap