Pemilik kepada Penjara Bodmin berharap untuk melakukan pengubahsuaian di dua sayap blok sel bangunan itu.
Berdasarkan rancangan, penjara tersebut akan diubah suai menjadi hotel yang dilengkapi dengan 63 bilik penginapan.
Ia akan menjadi hotel paling berhantu di Britain sebaik sahaja ia beroperasi.
Penjara itu yang dibina di pinggir Bodmin Moor, terkenal di Britain kerana aktiviti paranormal yang mana tempat itu menyaksikan lebih 60 hukuman mati antara 1779 dan 1909.
Bangunan itu kemudiannya ditutup pada 1927, dan sebahagian kawasan penjara menjadi tarikan pelancong berikutan popularitinya.
Para pengunjung dapat mengenali sejarah penjara termasuk banduan yang ditempatkan di bangunan berkenaan. – Mail Online