Penipuan dalam pengagihan tanah kepada komuniti India di Selangor – Peguam Manoharan

Beliau mahu membawa penipuan serius itu untuk perhatian dan tindakan lanjut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam masa terdekat.

Manoharan mendakwa lot tanah di Sungai Yu yang sepatutnya diagihkan kepada penduduk India di kawasan itu telah dieksploitasikan kerajaan negeri.

Tanah itu didakwa diagihkan kepada orang luar dan orang berkepentingan dengan wakil rakyat negeri itu menyebabkan lebih 175 yang sepatutnya merasai limpahan imbuhan itu dipinggirkan.

Manoharan mendedahkan berita itu menerusi senarai nama penerima lot tanah berkaitan yang diperolehi daripada pejabat tanah di situ.

Kebanyakan lot tanah di Sungai Yu didakwa diperolehi oleh orang luar yang tinggal di Shah Alam, Klang, Johor Bahru, Batu Caves, KL.

Mengikut senarai nama yang didakwa beliau diperolehi dari pejabat tanah di Selangor, Manoharan mendakwa saudara kepada pembantu Exco kerajaan negeri Selangor, Ganapati Rao, turut menerima 10 lot tanah.

“Sangat sedih melihat senarai itu apabila kebanyakan nama penduduk India dari Sungai Yu, Kuala Selangor diabaikan daripada menerima tanah.

“Saya mahu melaporkan isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kerajaan negeri telah memperuntukkan 175 lot di atas tanah seluas 15.7 hektar kepada keluarga India yang tinggal lebih 30 tahun di situ untuk tujuan penempatan semula, tetapi sedihnya mereka dikhianati oleh pihak tertentu.

“Saya mahu memastikan ‘serigala bertopeng’ itu ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Komuniti Cina dan Melayu turut diperuntukkan keluasan lot tanah yang sama. Bagaimanapun beliau mendakwa majoriti tanah itu tidak sampai kepada golongan India yang disasarkan itu sebaliknya diagihkan kepada orang kaya dan pihak di luar kawasan Kuala Selangor.

“Lebih memeranjatkan seorang penduduk India dari Sungai Yu, iaitu peniaga kelapa, P.Narayanasamy sahaja memperolehi sembilan lot tanah selain seorang ahi PKR Kuala Selangor, Suresh Manikkam serta bapanya diberikan tanah dari Sungai Yu itu.

“Senarai nama penerima tanah lot di Sungai Yu itu dan pihak-pihak terlibat dalam penipuan itu akan dirujuk kepada Azmin Ali dan SPRM secepat mungkin untuk disiasat,” tegasnya lagi. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal