Ketua Polis Daerah, Superintendan Rajab Ismail berkata, mangsa, Mohamad Samsudin Muda, 52, ditemukan dalam keadaan terbaring dekat bangsal berhampiran rumah oleh anaknya kira-kira pukul 6.30 petang.
“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berada di sebuah bangsal di luar rumahnya.
“Ketika itu hujan lebat dan mangsa dikatakan sedang mengupas kulit ubi kelubi.
“Terdapat kesan lecur pada perut perut, dada dan kepala mangsa,” katanya.
Tambahnya, jenazah mangsa telah dibawa me Hospital Gua Musang sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan pagi Khamis, memetik Utusan Online.