Peniaga disaman main Pokemon Go ketika memandu

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Mohd Noor Yusof Ali, berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan anggota polis trafik ketika memandu di Jalan Stadium, kira-kira jam 11 pagi.

“Dia ditahan kerana melakukan kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu… cuma, kebetulan ketika itu dia sedang bermain permainan realiti digital Pokemon Go.

“Anggota kami yang menahan ahli perniagaan itu mengeluarkan saman atas kesalahan memandu sambil menggunakan telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, ahli perniagaan itu sedang mengimbas karektor raksasa digital di sepanjang laluan berkenaan sebelum perbuatannya itu disedari anggota polis. – Berita Harian

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia