Pengurusan kes juruaudio kendali harta pengganas 7 Nov.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mustaffa P. Kunyalam memohon tarikh baharu untuk melengkapkan dokumen berhubung laporan forensik kes tersebut daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pada 14 September lepas, Muhammad Nazrul Nooh, 37, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan pengetahuan mengendalikan harta seorang pengganas, dengan cara membenarkan transaksi kemasukan dan pemindahan wang sebanyak RM2,000 daripada akaun Maybanknya, bagi memberi manfaat kepada pengganas berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Damansara Utama, Petaling, Selangor, antara pukul 2.22 petang, 26 April dan 3.03 petang, 29 April lepas, mengikut Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana harta berkenaan, jika sabit kesalahan.

Peguam Adi Zulkarnain Zulkafli mewakili Muhammad Nazrul. Tertuduh kemudian dibawa ke penjara Sungai Buloh, Selangor. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap