Dua tertuduh, Imam Wahyudin Karjono, 21, dan Jonius Ondie @Jahali, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadap mereka di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Mengikut pertuduhan, mereka membaling dan meletupkan bom tangan yang menggunakan fius lever jenis Fuze M213 sehingga menyebabkan kecederaan terÂhadap lapan mangsa.
Kesalahan itu dilakukan Imam Wahyudin dan Jonius di Movida Boulevard, Puchong dekat pada pukul 2 pagi, 28 Jun lalu.
Imam Wahyudin seorang peÂnganggur manakala Jonius beÂkerja sebagai operator di sebuah kilang.- Kosmo! Online
Â