Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Noor Eezzatul Fitri Minhat, 19, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Jalan Raja Laut pada jam 2.45 pagi, 14 Ogos lepas.
Muhammad Noor Eezzatul Fitri turut diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap dan akan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda tersebut serta tidak dibenarkan memohon dan memiliki lesen memandu selama dua tahun.
Lelaki itu tidak membayar denda tersebut dan akan dihantar ke Penjara Kajang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun. – Bernama