Penggubahan wang haram: ‘Datuk’ di Melaka pula direman

Memetik laporan Sinar Harian, perintah tahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dikeluarkan Penolong Pendaftar Majistret, Syarina Shaarani@ Tan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa.

Suspek berusia 56 tahun itu direman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (A) Akta 2009.

Terdahulu, tiga penjawat awam dengan dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, suspek tersebut masing-masing berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di tiga negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan) lebih kurang jam 12 dan 2 petang pada Isnin.

Sementara itu, di Putrajaya, SPRM memperoleh perintah reman seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia