Pengganti Najib perlu dengar suara pembangkang

Sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya dijatuhkan melalui Deklarasi Rakyat, penggantinya itu perlu mendengar suara pembangkang dalam menentukan hala tuju pentadbiran negara.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, segala pembaharuan tersebut perlu dilaksanakan dalam masa tempoh 12 bulan

“Katakan kalau Najib undur, naik Perdana Menteri yang baru daripada UMNO sekalipun, saya yakin kita boleh tentukan syarat.

“6 bulan hingga 12 bulan, apa reform yang dia perlu buat untuk negara, bila pilihan raya akan diadakan, bagaimana pilihan raya bebas boleh berlaku.

“Tetapi untuk masa ini fokus kita ialah untuk turunkan najib sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika berucap di program Muafakat Selamatkan Malaysia di Padang MPAJ, Pandan Indah pada Isnin.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri