Pengerusi tetap tegur Mohd Amar guna bahasa kasar

Kamal menyifatkan penggunaan bahasa kasar adalah bertentangan dengan politik matang yang kini dibawa PAS seperti mana dijelaskan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohd Amar ketika berucap menyifatkan kerajaan pemerintah umpama ‘binatang’ dan rakyat Malaysai kini sedang mencari parti alternatif baharu.

“Orang di Malaysia kini sedang mencari menantu (kerajaan) baharu, menantu yang ada sekarang bukan menantu lagi, tetapi ‘menate’ (binatang).

“Kita kini mempunyai peluang untuk menjadi pemerintah kerana rakyat sedang mencari alternatif baharu,” katanya ketika berucap.

Sementara itu, Mohd Amar berkata, PAS perlu lebih teliti dalam merancang dan mengatur startegi dan tidak boleh ‘sembrono’ dalam membuat keputusan.

Katanya, isu yang dibawa hendaklah sesuai dengan citra masyarakat, jangan pula di kawasan kampung tiada tol misalnya, namun, dalam kempen PAS berbicara tentang tol.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri