Pengerusi MyWatch ditahan mengikut Poca

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, Sanjeevan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 4.30 petang semalam.

“Sanjeevan ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Poca selama 60 hari lagi kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Sanjeevan, 32, dan pemandunya, seorang lelaki warga India, ditahan mengikut Seksyen 506, Seksyen 384 dan 385 Kanun

Keseksaan kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut berdekatan Plaza Tol Nilai pada 22 Jun lepas.

Beliau ditahan susulan laporan polis oleh seorang pengadu bahawa suspek mengugut untuk menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook.

Sanjeevan ditahan bersama-sama pemandunya pada 10 malam 22 Jun, selepas menerima wang perlindungan sebanyak RM25,000 daripada pengadu. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia