Pengawal peribadi hadapi 3 tuduhan bunuh

Jaafar Halid, 37, yang berasal dari Shah Alam, Selangor dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan membunuh, lima cubaan bunuh dan satu kes mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata api.

Tiada pengakuan direkodkan daripada suspek bagi tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala pengakuan bersalah bagi Seksyen 307 dan 324 kanun sama tidak diterima oleh mahkamah.

Bagi pertuduhan membunuh, dia didakwa menembak Datuk Ong Teik Kwang; Choi Hong Ming dan M. Senthil di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Glugor di sini antara pukul 7.15 hingga 7.30 malam 1 Disember lalu.

Selain itu, dia juga didakwa cuba membunuh K. Arivarni; Nurul Huda Ab. Aziz; Lee Hoon Boon; Mohamad Amirul Amin Mohamed Amir dan Puoh Bee Joo serta mendatangkan kecederaan kepada Lim Boon Leng.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap