Pengawal keselamatan mengaku ‘Sultan Melaka’ didakwa

Sabirin Yusuf, 48, dituduh menipu Poniran Sumardi dengan memperdayakan lelaki itu bahawa dirinya adalah Sultan Melaka dan boleh menolong mangsa mendapatkan persalinan diraja Melaka sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM700.

Tertuduh yang melakukan kesalahan itu pada awal Mei lepas, di alamat No 129, Jalan Pesona 12, Taman Pelangi Indah, juga didakwa melakukan kesalahan sama pada pertengahan Mei dan penghujung Mei tahun ini.

Ketiga-tiga pertuduhan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang setiap pertuduhan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang daripada setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin menawarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia