Pengarah urusan sebuah bank dibebaskan

Turut dibebaskan adalah seorang bekas pengarah perolehan bank dan dua pemilik syarikat penerbitan buku.

Pada Khamis lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu berumur antara 32 hingga 48 tahun antara jam 2 petang hingga tengah malam di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.Â

Jumaat lalu, empat individu terdiri daripada dua peguam wanita, seorang penulis buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara dan isteri kepada bekas pegawai bank itu, dibebaskan.

Sabtu lalu, seorang pengarah syarikat penerbitan buku berusia 40 tahun yang ditahan di kediamannya di Kuantan, Pahang, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes yang sama, memetik laporan Berita Harian.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia