Pengarah, timbalannya digantung tugas berikutan siasatan SPRM

Penggantungan kedua-dua pegawai terbabit diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Beliau berkata, notis penggantungan kedua-dua suspek itu dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPAN) berkuatkuasa pada tarikh mereka ditahan iaitu pada 4 Oktober lalu.

Katanya, menerusi tindakan itu, kedua-dua suspek dilarang memasuki pejabat di mana mereka bertugas sebelum ini atau mana-mana pejabat di jabatan sama di seluruh negeri.

“Suspek juga dihalang keluar dari Sabah sepanjang tempoh siasatan,” katanya.

Pengarah terbabit dibebaskan dengan jaminan RM500,000 tanpa deposit dan dua penjamin tempatan selepas tempoh remannya berakhir semalam, manakala timbalan pengarah dibebaskan hari ini dengan jaminan yang sama.

Dua lagi suspek iaitu ahli perniagaan bergelar Datuk yang juga abang timbalan pengarah turut dibebaskan hari ini dengan jaminan RM500,000 tanpa deposit dan dua penjamin tempatan, manakala suspek keempat iaitu akauntan dikenakan jaminan RM50,000 tanpa deposit dengan dua penjamin.

Pagi semalam tiga suspek terbabit dibebaskan pada jam 10 pagi di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, manakala suspek pertama iaitu pengarah dibebaskan di hadapan majistret sama di lokap berpusat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, jam 1 tengah hari, kelmarin, memetik laporan BH Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia