Pengarah GLC bergelar Datuk direman tujuh hari bantu siasatan

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 50 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di Mahkamah Majistret di Putrajaya pada Selasa.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Lelaki itu dikesan memberikan projek bernilai hampir RM50 juta kepada syarikat berkepentingan dan ke­giatan itu berlarutan selama lima tahun sehingga suspek meletakkan jawatan pada tahun lalu sebelum dilantik jawatan pengarah itu sehingga kini.

Terdahulu individu berkenaan yang juga bekas CEO sebuah syarikat GLC di Kuala Lumpur ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas dikenal pasti terlibat dalam kes penyelewengan projek bernilai RM50 juta dan kes ra­suah.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap