Pengarah, akauntan ditahan reman berhubung penipuan urusan umrah

Kedua-duanya yang berusia 28 tahun yang menetap di Jerteh ditahan tengah hari semalam di pejabat mereka.

Mereka dibawa ke mahkamah majistret Kuala Terengganu pada Selasa dan ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Tangkapan itu dilakukan susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh seorang pengurus sebuah syarikat di Kuala Lumpur yang mengendali pakej mengerjakan umrah.

Pengadu difahamkan dilantik untuk menguruskan pemergian 300 jemaah umrah dengan menerima cek depsoit sebanyak RM150,000 dua bulan lalu tetapi gagal ditunaikan kerana cek tendang.

Selang beberapa hari pengadu diberitahu oleh pengarah itu bahawa syarikat yang diuruskan berdepan dengan masalah kewangan.

Pengarah itu kemudiannya memberikan pengadu sebanyak RM50,000 dan selebihnya dijanji akan dibayar kemudian.

Namun pengadu hanya dapat menghantar tujuh orang jemaah untuk menunaikan umarah, dan membuat laporan polis setelah merasa dirinya diperdaya, memetik Utusan Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap