“Pemimpin Bersih harus menerima kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Mereka perlu menghormati Malaysia dan bukan menjadikannya sebagai pasar.
“Mereka bertindak melampau. Akta ISA perlu dipakai semula supaya dapat mengawal mereka,” katanya.
Kayveas turut mengingatkan Bersih yang asalnya bertujuan untuk menuntut pilihan raya bersih, telus dan bukannya memperolehi sokongan daripada pembangkang.
“Saya mencabar mereka untuk mengumumkan bahawa Bersih tidak memerlukan sokongan Dap, Pkr dan parti-parti pembangkang lain. Adakah mereka boleh berbuat demikian?
“Buat ini dulu, nanti kita tengok samada rakyat menyokong mereka atau tidak. Kalau rakyat sokong, pasti saya pun akan menyebelahi mereka,” katanya. – Tamil Malar