Sehubungan itu, Rapid KL meminta pengguna mencari alternatif pengangkutan lain untuk melancarkan perjalanan mereka.
“Kita menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dari Stesen Sri Rampai ke Masjid Jamek untuk kemudahan pengguna,” kata syarikat itu dalam akaun Facebook, sebentar tadi.
Katanya, perkhidmatan tren alternatif dari Putra Heights disediakan untuk berpatah balik di Masjid Jamek.
Setakat ini, bekalan elektrik di antara Stesen Setiawangsa ke Damai dikhabarkansudah pulih.
“Pasukan teknikal masih meneruskan kerja untuk memulihkan bekalan elektrik bagi keseluruhan laluan,” katanya.
Pengguna diminta mencari bas dengan nombor pendaftaran WB 480 G dan WVN 5644 dari Masjid Jamek ke Stesen Datuk Keramat.
Rapid KL berkata, pihaknya akan terus memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.