Penganggur edar dadah digantung sampai mati

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Ibrahim Musa Rifa’i, 32, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 8.818 kg manakala pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengedar dadah jenis sama seberat 0.72 kg.

Kesalahan itu dilakukan di kediamannya, No. 61(2) Jalan Hamzah, Kampung Baru di sini, kira-kira pukul 2 petang, 3 April 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, memetik laporan Utusan Malaysia.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap