Pengambilan vaksin wajib – Jawatankuasa Fatwa Perlis

Sehubungan itu, sebarang tindakan yang boleh memudaratkan kesihatan anak adalah berdosa.

Ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat kali ke-23 Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 3 dan 4 Oktober lalu yang memutuskan suntikan imunisasi terbukti sebagai kaedah paling berkesan dalam melindungi kesihatan kanak-kanak daripada dijangkiti wabak berbahaya.

“Vaksin terbukti melindungi anak-anak daripada wabak penyakit merbahaya seperti cacar, polio, influenza, meningococcal, cirit-birit dan beberapa penyakit lain,” demikian menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu lagi, ibu bapa atau penjaga yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut sehingga membawa kemudaratan kepada anak-anak adalah berdosa.

“Keengganan mengambil langkah pencegahan sehingga boleh menyebabkan penularan wabak penyakit berbahaya dalam masyarakat juga merupakan satu lagi dosa,” demikian menurut kenyataan itu.

Imunisasi atau suntikan vaksin pelalian adalah bertujuan untuk menguatkan antibodi terhadap penyakit yang diambil melalui suntikan dengan memasukkan sesuatu ke dalam badan agar badan dapat bertahan dengan penyakit yang berbahaya, memetik laporan mStar Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia