Seorang daripadanya, Jaswin Jasmin, pelajar tingkatan lima sekolah itu yang merupakan antara pelajar yang cedera dalam insiden berkenaan.
Menurut Jaswin, dia tidak menyangka helikopter TUDM yang sering beliau lihat melalui kawasan udara sekolahnya melakukan pendaratan cemas, di hadapan matanya sendiri.
Ketika menceritakan insiden tersebut, dia yang tinggal di sebuah taman perumahan bersebelahan dengan kawasan sekolah berkata sebelum itu, dia bersama seorang lagi rakannya sedang makan di kantin yang ketika itu adalah waktu rehat.
Katanya, pada mulanya dia mendengar bunyi bising dan selepas itu dia melihat sebuah helikopter jatuh di atas bumbung dewan terbuka yang masih dalam pembinaan, terletak bersebelahan dengan kantin.
“Saya kemudian berlari untuk menyelamatkan diri tetapi kepala saya dihentak besi menyebabkan saya tersungkur.
“Saya kemudian berasa pening dan terdapat darah di kepala sebelum dibantu oleh beberapa orang,” katanya ketika ditemui di sekolah itu selepas menerima sumbangan wang tunai daripada Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, malam Selasa.
Menurutnya dia kemudian dihantar menerima rawatan di Klinik Kesihatan Balung dan dibawa ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.
Katanya dia kemudian dibenarkan keluar dari hospital disebabkan kecederaan dialaminya tidak serius.
Dalam pada itu, bapa Jaswin, Jasmin Adam, 57, berkata dia bersyukur anaknya terselamat dan hanya mengalami cedera ringan akibat insiden itu. – Bernama