Penduduk Jinjang Selatan Tambahan mahu rumah berkeluasan 850 kaki persegi

Dia berkata, sebanyak 525 keluarga yang tinggal di kawasan itu sejak 45 tahun lepas diminta oleh syarikat pemaju untuk berpindah sementara ke rumah sewa dengan memberi RM600 sebagai wang sewaan kepada setiap keluarga.

“Kebanyakkan pembinaan tidak habis dibina, ada yang tertangguh. Jika berlaku keadaan sedemikian, ia akan memberi impak kepada kami. Maka, kita tolak duit sewa berkenaan dan menggantikan duit itu untuk pembinaan rumah seluas 850 kaki persegi, kerana rumah itu akan selesa untuk kami yang ada banyak ahli keluarga.

“Sebelum ini, rumah seluas 800 kaki persegi dijanji akan dibina untuk kami…tetapi sekarang kami mahu 850 kaki persegi” katanya.

Menurutnya lagi, rumah yang diduduki sekarang seluas 2,400 kaki persegi dan adalah sangat sukar untuk berpindah ke rumah yang kecil.

Selvakumar menambah, sebelum ini, sebanyak 17 rumah di kawasan ini dirobohkan dan rumah-rumah berkenaan juga perlu mendapat tawaran ini.

“Kita harap Datuk Bandar akan meluluskan permintaan kami,” katanya sambil menambah mereka juga akan berjumpa Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Beliau turut menafikan khabar angin kononya 525 penduduk di kawasan ini menerima notis pindah daripada DBKL. -Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal