Mereka dalam laporan polis itu mendakwa tanah yang diagihkan untuk mereka bagi penempatan semula di situ telah diceroboh oleh individu tidak dikenali dan ladang kelapa sawit diusahakan disitu.
“Individu itu menceroboh dan mengusahakan tanah dengan menanam kelapa sawit secara haram dan senyap sejak setahun lalu.
“Taman permainan yang pernah didirikan di tanah lapangan itu telah dialihkan dan ditanam anak pokok sawit oleh penceroboh itu, tetapi kami kesal sehingga kini Pejabat Daerah Kuala Selangor tidak mengambil tindakan tegas,” keluh mereka.
Laporan itu dibuat oleh M.Purushothaman mewakili masyarakat setempat di situ dan pihaknya akan menyerahkan surat aduan kepada pejbat daerah berkaitan untuk tindaka segera.
Mereka juga dijangka memanjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana individu penceroboh itu didakwa merampas taman permainan bersama tanah itu.
“Kami tidak akan membiarkan tindakan pencerobohan inividu ini mengakibatkan kami kehilangan tanah khas itu.
“Harap pihak berkuasa dapat membela nasib kami segera,” katanya lagi. – Malaysia Nanban