Wakil penduduk, Rajoo berkata mereka yang tinggal dalam situasi yang serba kekurangan dari segi bekalan elektrik, minuman dan kemudahan tandas mempersoalkan ahli Parlimen Merbok, Ismail Daut yang berjanji untuk melaksanakan permintaan penduduk ketika PRU 13.
Penduduk kawasan itu juga pernah dilaporkan menghidap penyakit virus Chikungunya.
“Ahli politik ulang-alik ke ladang ini, tetapi tidak pernah menyelesaikan masalah kami…ada ketua cawangan MIC di kawasan ini, namun dia tidak pernah datang dan melawat kerana dia bukan orang tempatan sini.
“Dalam zaman moden ini, kami masih hidup dalam serba kekurangan…untuk menghantar anak belajar di luar pun susah. Sebelum PRU-14, kami nak segala kemudahan disedikan oleh pihak berkuasa,” katanya.
Sementara itu, Ketua MIC Kedah, Datuk Jaspal Singh, yang melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan sedih dengan persekitaran hidup mereka dan berjanji akan membicang isu ini kepada Menteri Besar Kedah. – Makkal Osai