Penduduk gempar, rumpai laut merah terdampar di pantai

Lebih menggusarkan penduduk, rumpai laut berwarna merah yang terdampar di pantai itu berbau hanyir dan menyebabkan rasa gatal apabila disentuh.

Seorang penduduk, Maizon Embong, 63, berkata kejadian rumpai laut berwarna merah terdampar di tepi pantai itu tidak pernah berlaku dalam tempoh 10 tahun.

Maizon berkata, rumpai laut berwarna merah itu semakin banyak terdampar di tepi pantai selepas dihanyutkan ombak dan agak menghairankan apabila rumpai laut berwarna merah itu hanya terdampar di tepi pantai di belakang kediamannya.

Sementara itu, Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dijangka akan mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan rumpai laut berwarna merah Pada Isnin.

Jurucakap UMT berkata, pensyarah Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Siti Aisyah Abdullah akan mengeluarkan kenyataan selepas kajian ke atas rumpai laut berwarna merah itu dilakukan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia