Pendirian Mukhriz kini berbeza

Menurut laporan Sinar Harian, perkara itu disuarakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan apa yang dilakukan Mukhriz kini bercanggah dengan pendiriannya sebelum ini termasuk pendirian bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apabila Semangat 46 dan PKR diwujudkan hasil serpihan UMNO, kita dalam parti pertahankan kepimpinan Mahathir ketika itu. Sebab kita lebih mementingkan parti melebihi individu.

“Sekarang ini wujud satu lagi parti serpihan UMNO diasaskan Mahathir dan Muhkriz sendiri untuk menumbangkan parti keramat Umno.

“Saya cukup kecewa dengan tindakan ini,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Segambut.

Beliau turut mengulas puisi karya Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan bertajuk Korban Hang Tuah yang dibacakannya sewaktu ucapan perasmian, bahawa ia menggambarkan situasi yang melanda Umno ketika ini.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri