Pendakwah miliki bahan berkaitan pengganas dipenjara dua tahun

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan memerintahkan Anuar Ab. Rawi, 40, menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh tangkap iaitu 22 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sebuah buku bertajuk Misteri Pasukan Panji Hitam (Rahsia Thaifah Manahurah-Kumpulan Elit Pasukan Islam) dan empat imej gambar dalam telefon bimbit jenama Oppo.

Kesemua bahan berkenaan adalah berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI), Al Qaeda dan Daesh.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat Lot 12389, Taman Manir Indah, Kampung Banggol Tuan Muda, Kuala Terengganu pada pukul 8.48 pagi, 22 Mac lalu.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana barangan tersebut. – Utusan Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia