Â
Sumber tentera yang mengesahkan perkara itu berkata, kira-kira lapan lelaki bersenjata memecah masuk bot tunda yang dinaiki mangsa pada kira-kira 6 petang (7 petang waktu Malaysia) Jumaat.
Â
Memetik laporan The Philippines Inquirer, menurut sumber, kumpulan lelaki bersenjata berkenaan mengisytiharkan mereka sebagai anggota kumpulan militan Abu Sayyaf dan meminta mangsa mengikut mereka.
Â
Suspek yang tidak fasih berbahasa Inggeris dan Filipina itu turut merampas komputer tiba, wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa.
Â
Laporan awal menyebut kumpulan lelaki bersenjata melarikan diri bersama mangsa menuju pulau-pulau yang lebih kecil.
Â
Mejar Filemon Tan dari Perintah Tentera Mindanao Barat mengesahkan laporan itu tetapi memberitahu bahawa mereka sedang mengumpul butiran laporan.
Â
Minggu lalu, kumpulan Abu Sayyaf menculik 10 warga Indonesia yang bekerja menggunakan bot tunda di wilayah Tawi-Tawi dan menuntut AS$1 juta untuk membebaskan kesemua tebusan dengan selamat. – The Philippines Inquirer/Asia News Network