15
Sumber tentera yang mengesahkan perkara itu berkata, kira-kira lapan lelaki bersenjata memecah masuk bot tunda yang dinaiki mangsa pada kira-kira 6 petang (7 petang waktu Malaysia) Jumaat.
Memetik laporan The Philippines Inquirer, menurut sumber, kumpulan lelaki bersenjata berkenaan mengisytiharkan mereka sebagai anggota kumpulan militan Abu Sayyaf dan meminta mangsa mengikut mereka.
Suspek yang tidak fasih berbahasa Inggeris dan Filipina itu turut merampas komputer tiba, wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa.
Laporan awal menyebut kumpulan lelaki bersenjata melarikan diri bersama mangsa menuju pulau-pulau yang lebih kecil.
Mejar Filemon Tan dari Perintah Tentera Mindanao Barat mengesahkan laporan itu tetapi memberitahu bahawa mereka sedang mengumpul butiran laporan.
Minggu lalu, kumpulan Abu Sayyaf menculik 10 warga Indonesia yang bekerja menggunakan bot tunda di wilayah Tawi-Tawi dan menuntut AS$1 juta untuk membebaskan kesemua tebusan dengan selamat. – The Philippines Inquirer/Asia News Network