Penceroboh Lahad Datu dihukum penjara seumur hidup

Di mahkamah sama, tujuh lagi warga Filipina dihukum penjara 13 tahun mengikut Seksyen 130 KA Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan pengganas.Â
Â
Seorang dipenjara 15 tahun dan lima lagi dipenjara 18 tahun manakala seorang rakyat tempatan dihukum penjara 15 tahun mengikut seksyen sama.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu  mendapati 13 daripada 14 tertuduh, yang telah memberi keterangan membela diri masing-masing dalam kes pencerobohan Lahad Datu, bersalah.Â

Sembilan daripada mereka termasuk Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, anak kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Esmail Kiram, didapati bersalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan denda.

Lapan yang lain ialah warganegara Filipina Atik Hussin Abu Bakar, 45, Basad H. Manuel, 41, Ismail Yasin, 76, Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, 52, Salib Akhmad Emali, 63, Al Wazir Osman, 61, Tani Lahaddahi, 63, dan Julham Rashid, 69.

Â

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia