Pencaci Melayu akan terus jadi ‘silence warrior’ DAP

Menurut Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafi, perkara ini jelas apabila setiap kali ‘terkeluarnya’ kenyataan yang menghina mahupun biadap, akan ada pihak pimpinan parti DAP yang memohon maaf bagi pihak mereka.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi yang pada Jumaat memuatnaik status di laman Twitter berhubung pemergian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dengan kenyataan yang disifatkannya sebagai biadap.

“Setiap kali mereka mencaci orang Melayu, dan setiap kali itulah, akan ada Pemimpin mereka meminta maaf bagi pihak Cina DAP ini. Dan setiap kali itu lah tidak akan ada tindakan dari parti mereka.

“Malah yang mencaci orang Melayu akan dimartabatkan sebagai wira senyap ‘silence warrior’ bagi pimpinan tertinggi DAP. Mereka akan tetap memuja pemimpin seperti Teresa Kok, Nga Kor Ming, dan Jeff Ooi,” katanya melalui satu kenyataan pada Ahad.

Razlan berkata, perkara ini akan berterusan tanpa ada penghujungnya seiring dengan agenda parti berkenaan yang dakwanya bertujuan untuk mengikis kesucian Islam dan juga sempadan budaya timur orang Malaysia yang dikenali dengan sikap sopan santun dan saling menghormati.

“Apa yang berlaku ini membuktikan sekali lagi DAP mempunyai pemimpin Kanan yang mempunyai kebencian yang terlampau terhadap orang Melayu.

“Kebencian ini bukan hanya disembunyikan didalam diri mereka, malah kebencian terhadap orang Melayu di suarakan secara terbuka oleh mereka,” kata Razlan lagi.

Sebelum ini, Jeff dikecam teruk oleh netizen ekoran memuatnaik status yang menghina pemergian Haron Din dengan tulisan ‘Adios Harun Din, let be there peace’.

Susulan daripada kecaman yang diterima ahli DAP itu, beliau kemudiannya tampil mempertahankan diri dengan mendakwa akaun Twitternya telah digodam pihak yang bertanggungjawab.

Namun, tidak lama kemudian, Jeff kembali di media dengan menegaskan bahawa akaunnya tidak pernah digodam oleh mana-mana pihak dan beliau berkuasa penuh terhadap semua akaun media sosial miliknya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula sebagai respon kepada kenyataan yang dibuat ahlinya itu memohon maaf diatas keterlanjuran Jeff dan menegaskan bahawa kenyataan tersebut bukanlah mewakili parti.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri