Penahanan pakar bom warga Malaysia, PDRM tunggu pengesahan Filipina

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis kini menunggu maklum balas daripada Filipina berkaitan penahanan individu yang dikenali sebagai Mohamad Amin itu.

“Kita belum dapat pengesahan dari Filipina lagi,” katanya ketika dihubungi.

Sabtu lalu, polis Filipina menggagalkan cubaan kumpulan militan untuk melakukan serangan bom di tengah-tengah bandar raya Manila dalam operasi khas di Quezon City dengan menangkap Mohamad Amin pada pukul 4 pagi.

Mohamad Amin, seorang pakar membuat bom, merupakan antara militan yang dikehendaki dan kerajaan negara itu menawarkan 600,000 peso (lebih RM51,600) bagi sesiapa yang membantu menangkapnya.

Turut ditahan ialah pemilik rumah di mana Mohamad Amin tinggal, Bilal Taalam dan Adnan Malangkis manakala lapan lagi penyewa rumah berkenaan juga ditahan untuk siasatan.

Polis Filipina percaya ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan Abu Sayyaf di Sulu. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap