Penahanan Maria Chin, beri ruang proses keadilan berjalan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata SOSMA memberi ruang untuk tahanan mendapatkan nasihat perundangan daripada peguam berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan sebelum ini.

“Malah tempoh penahanan adalah lebih singkat iaitu maksimum 28 hari bagi maksud penyiasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Azalina, penahanan Maria merupakan langkah pencegahan yang digunakan pihak berkuasa dan semua pihak perlu beri ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mereka secara profesional.

“Maria Chin juga telah menggunakan hak beliau seperti mana yang dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan dengan memfailkan permohonan habeas corpus di mahkamah yang bermaksud beliau boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan.

“Ini bermakna kuasa semakan kehakiman dikembalikan sepenuhnya kepada mahkamah bukan seperti dalam ISA yang menghalang kuasa semakan kehakiman.

“Ini menunjukkan bahawa undang-undang di Malaysia hari ini bertambah baik dan selaras dengan keperluan hak asasi,” ujarnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri