Pemuda UMNO lapor polis konspirasi jatuhkan Najib oleh tiga Tan Sri

Ketiga-tiga individu tersebut merupakan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, mereka yang dikatakan terbabit disyaki telah memberikan dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Sebahagian besar daripada dokumen itu kata Khairul adalah palsu dan mempunyai fakta yang telah diputar belit dan direka untuk tujuan menjatuhkan Najib.

Malah kata Khairul, maklumat sulit yang diberikan kepada pihak asing itu tidak mendapat sebarang kelulusan sah oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara itu sendiri.

Susulan daripada itu, Khairul mendesak pihak polis mempercepatkan siasatan mengenai perkara ini.

Ditanya mengenai dokumen yang dibekalkan oleh tiga individu berkenaan, beliau berkata, akan hanya berkongsi maklumat tersebut dengan menteri yang bertanggungjawab.

“Terpulang kepada pihak polis,” katanya apabila disoal bila maklumat berkenaan akan dikongsi.

Menjawab soalan sama ada beliau juga akan berkongsi maklumat dengan SPRM, Khairul Azwan mengulangi bahawa ia juga terpulang kepada pihak polis.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri