Pemuda PAS ikrar pertahan ‘DNA’ ulama

Oleh itu DPPP berikrar untuk terus mempertahankan kepemimpinan ulama yang menjadi asas serta DNA perjuangan parti itu sejak sekian lama.

Ketua DPPP, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata perjuangan mempertahankan kepemimpinan ulama bukan bermusim, sebaliknya ia sepanjang masa dan Pemuda PAS perlu terus berada di saf hadapan, seiring matlamat menegakkan syiar Islam.

Nik Abduh berkata, mempertahankan kepemimpinan ulama adalah selaras dengan Perlembagaan parti itu.

“Jelas termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (1) bahawa hukum tertinggi adalah al-Quran, As-Sunnah Ijma’ Ulama dan Qiyas.

“Inilah dasar yang akan dipertahankan seluruh Pemuda PAS walau terpaksa menitiskan darah atau berkorban nyawa sekalipun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-57, di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini, hari ini.

Dalam usaha mentransformasi imej parti, Nik Abduh berkata, segala kritikan terhadap kerajaan akan disertai dengan cadangan penyelesaian mengikut prinsip Islam dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Sementara itu, Nik Abduh meminta pucuk kepemimpinan parti mengkaji semula agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang.

Menurut beliau, ‎pembahagian kerusi wajar mengambil kira kekuatan jentera parti di kerusi yang ditandingi di samping pola sokongan pengundi mengikut komposisi umur dan tahap pendidikan.

“Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran, di mana tenaga ahli kita yang ikhlas dan patuh diperguna oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan.

“Kemudian ditinggalkan begitu sahaja,” katanya

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri