Pemuda PAS bantah tambah AES

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Ridzuan Mohamad Nor mendakwa, ia berikutan kerajaan terdesak untuk membayar hutang negara yang telah mencecah hampir RM800 bilion.

“Rakyat diperas dalam segala segmen hidup demi kantung negara. Rakyat jadi bahan perniagaan kerajaan UMNO-BN walhal AES ternyata gagal apabila kadar kemalangan tetap tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini berhubung sebanyak 1,200 lagi kamera AES akan dipasang di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara bagi merakam gambar kenderaan yang melanggar peraturan jalan raya.

Khalid berkata, beliau percaya dengan langkah itu, pengguna jalan raya akan dapat dididik mematuhi undang-undang.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan implementasi undang-undang dan langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, Dr Riduan memberi pandangan bahawa rakyat hendaklah dididik melalui segala ruang seperti meningkatkan had umur untuk memperoleh lesen memandu.

“Ia boleh disebarluaskan melalui sesi khutbah Jumaat, pengeluaran fatwa tentang cara pemanduan berbahaya, lumba motor dan bahaya gejala rempit. Selain itu, ia boleh disampaikan melalui pelbagai medium seperti media massa dan media sosial,” katanya lagi.

AES dilaksanakan bertujuan mengawal had laju kenderaan dan pelanggaran lampu isyarat melalui kamera yang dipasang dilaluan tertentu bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Pertambahan kamera AES di seluruh negara berbanding 14 sedia ada telah dijangka setelah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi menyatakan bahawa ia akan diperluas ke lokasi berisiko kemalangan yang dikenal pasti hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia