Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd., berkata, suspek berusia 23 tahun dan abang iparnya berusia 35 tahun ditahan di atas sebuah bot pancung pukul 4.15 petang oleh sepasukan anggota Polis Marin Wilayah 2 yang sedang melakukan Ops Gelora Khas di perairan berkenaan.
“Siasatan awal mendapati suspek merupakan pekerja di sebuah pub di bandar raya ini dan abang iparnya yang berasal dari Batam, Indonesia sedang menunggu seseorang untuk mengambil dadah berkenaan untuk diseludup keluar dari negara ini.
“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama seminggu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di Johor Bahru pada Rabu.