Pempengaruh Media Sosial Harus Elak Fitnah, Tahu Batas

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan pempengaruh media sosial untuk mengelakkan fitnah hanya bagi meraih populariti.

Menurutnya, pempengaruh terbabit harus tahu batasan dalam kehidupan yang mana ada yang boleh dipertontonkan dan ada yang tidak seharusnya dihidangkan kepada masyarakat.

“Saya menasihatkan khususnya sahabat pempengaruh media gunakan kelebihan mereka ke arah kebaikan.

“Melihat kepada batasan-batasan tertentu khususnya dalam konteks ibadat ini perlu imbangi antara mendapat populariti mengajak orang ke arah kebaikan tanpa memprejudiskan diri sendiri.

“Jadi kita kena kembali kepada kebenaran, gunakan media sosial untuk menegakkan kebenaran dan kena jauhkan menfitnah dan membawa unsur negatif dengan pengaruh yang kita ada,” kata Mohd. Naim.

Beliau mengulas isu video tular seorang lelaki Melayu yang berbadan tegap dan berpakaian ihram kelihatan bersungguh-sungguh mahu memastikan sekumpulan wanita yang termasuk isterinya mencium Hajar Aswar.

Dalam video itu kelihatan wanita berkenaan yang ada antaranya kelihatan menahan kesakitan kerana tersepit dihimpit jemaah lain ketika berebut hendak menghampiri batu suci itu.

Manakala lelaki itu pula bersungguh-sungguh menahan jemaah lain demi membolehkan wanita-wanita berkenaan mencium Hajar Aswad dan salah seorang wanita berkenaan kelihatan menangis pada akhir video.

“Saya tekankan bahawa mencuim Hajar Aswad itu adalah perkara sunat ketika mana suasana persekitaran tawaf dalam keadaan tenang.

“Namun sekiranya membahayakan keselamatan dan sebagainya kadang-kala boleh mendatangkan aib seperti terbuka kain dan sebagainya boleh membawa hukum haram ketika itu. Hukum berbeza mengikut keadaan,” tegasnya.

Mohd. Naib berkata demikian kepada media selepas merasmi dan menyampaikan ucapan pada Persidangan Pengurusan Masjid Dan Surau, Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan Dan Tauliah Amil Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan Tahun 1445H/2024M di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu media melaporkan, Usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad memohon maaf atas perbuatannya memuat naik video bergelut untuk mencium Hajar Aswad sehingga mengundang kecaman ramai.

Hafiz yang juga Pengasas AINAA Beauty berkata, dia mengambil keputusan untuk menurunkan rakaman berkenaan selepas menerima pandangan dan nasihat ustaz serta mahu menjaga keharmonian di media sosial.

Bagaimanapun, dia menjelaskan tujuan video berkenaan diambil sebagai kenangan dan mahu mewujudkan keberanian kepada orang ramai yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci. – MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia