Pemimpin pembangkang hilang akal sokong parti Melayu Mahathir – Suaram

Kata Kia Soong, parti baru yang hanya menerima keahlian daripada kaum bumiputera itu jelas bertentangan dengan agenda reformasi yang diperjuangkan pembangkang selama ini.

“Bolehkah mana-mana pemimpin masyarakat sivil atau pemimpin politik yang mendukung agenda reformasi progresif menerima sebuah parti politik yang hanya terbuka kepada bumiputera?

“Adakah mereka mula kehilangan akal semata-mata kerana Mahathir lantang mahu menyingkirkan Najib?

“Lebih baik mereka sedar cepat atau berdepan kemungkinan kehilangan kredibiliti…,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kua menegaskan bahawa rasisme dan diskriminasi kaum telah menjadi sebahagian daripada realiti politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan Malaysia sejak zaman penjajahan.

Soal institusi bangsa kata Kia Soong begitu kuat diperkatakan dan menjadi faktor utama menentukan manfaat daripada dasar pembangunan kerajaan, tawaran bagi kontrak perniagaan, dasar pendidikan, dasar sosial, dasar kebudayaan, kemasukan ke institusi pendidikan, diskaun untuk membeli rumah dan dasar rasmi yang lain.

“Institusi rasisme adalah sebahagian penting dalam sistem sosio-politik Malaysia. Parti pemerintah masih didominasi oleh parti komponen berasaskan kaum yang jelas – Umno, MCA dan MIC.

“Pihak-pihak ini bersaing untuk sokongan pengundi dari kawasan kaum masing-masing dengan menjaga kepentingan kaum. Selalunya, kecenderungan perkauman mereka terdedah pada kongres parti masing-masing,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri