Pemimpin dunia tiba hadiri Persidangan Strategi Lautan Biru

Pemimpin pertama yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah Presiden Nauru Baron Waqa dan diiringi isterinya, Louisa Waqa pada jam 3.40 pagi.

Sebaik tiba, Presiden itu diberi sambutan permaidani merah dan berjalan melepasi barisan pengawal kehormatan dari Rejimen Keenam Renjer Diraja. Beliau disambut Timbalan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Dr Aizi Razman Ismail.

Pemimpin lain yang dijadual tiba hari ini adalah Raja Mswati III dari Swaziland dan permaisuri baginda, Timbalan Perdana Menteri Thailand Visanu Krue-Ngam, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean dan Timbalan Presiden Maldives, Abdulla Jihad.

Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-Cha dijadual tiba esok.

Persidangan tiga hari bertemakan “Transformasi Negara melalui Kreativiti dan Inovasi “akan memberi tumpuan kepada kreativiti dan inovasi dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar dan inisiatif negara.

Persidangan itu, yang diadakan bersempena dengan Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), akan menampilkan ucapan dasar dan perbincangan panel oleh pemimpin-pemimpin negara, penceramah terkenal, dan pakar-pakar global dari seluruh dunia.

Kira-kira 3,000 peserta dari seluruh dunia dijangka menghadiri persidangan itu, termasuk pemimpin negara dari negara anggota Komanwel, negara-negara ASEAN, dan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Pemimpin juga dijadual menghadiri persidangan dwitahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) yang akan diadakan di PICC dari 18 Ogos hingga 20. –Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia