Pemimpin DAP mengaku gelar Zakir Naik ‘syaitan’

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau mengaku menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’ di Facebooknya, pada 10 April lalu, kerana penceramah itu didakwa memberi ceramah menghina agama lain.

Beliau bagaimanapun memohon maaf terhadap perkara itu dan mengakui kesal kerana mengeluarkan kata-kata sedemikian.

“Pada hari sama, saya sedar perkataan ‘syaitan’ tidak sesuai dan saya telah padam perkataan itu daripada Facebook saya.

“Ia hanya ditujukan kepada individu ini saja. Saya menyesal sekiranya penggunaan perkataan ‘syaitan’ menimbulkan ketidakselesaan dan kemarahan dalam umat Islam di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mahu Ramasamy menarik balik perkataan ‘syaitan’ yang dilemparkan kepada Dr Zakir dan memohon maaf kepadanya.

Dr Zakir mencuri tumpuan media baru-baru ini, selepas beberapa kumpulan menyuarakan rasa kurang senang terhadap isi kandungan ceramahnya dan menggesa kerajaan melarang beliau daripada memberi syarahan umum bagi mengelakkan perpecahan.

Semalam, polis melarang pendakwah itu daripada memberi syarahan di sebuah program di Melaka, pada hujung minggu ini.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri