Pemilik ‘Disneyland’ Adam Rosly takut dedah perniagaan

Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly hari ini enggan membuat pendedahan berkenaan ‘perniagaannya’ yang memberi kekayaan dalam masa singkat.

Pemilik rumah mewah kontroversi ala Disneyland berumur 28 tahun itu memberi alasan bahawa penrniagaan yang dijalankan merupakan perkara peribadi yang tidak perlu didedahkan kepada umum.

 “Soal bisnes ‘private’ isu. Tak perlu jelaskan kepada media, apa yang saya buat.

“Bila dah viral, ia tak baik untuk bisnes,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Mengulas lanjut perkara itu, Adam memaklumkan bahawa sedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melakukan sebarang siasatan.

 “Saya beri jaminan yang saya akan beri kerjasama kepada polis, SPRM, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) untuk siasat saya,” tambahnya.

Beliau dalam masa yang sama menyatakan kesediaannya membuat pengisytiharan harta miliknya  sekiranya mendapat arahan secara langsung daripada pimpinan tertinggi parti.

Namun, beliau beliau dilihat berdolak-dalik dengan mengatakan bahawa tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana beliau bukan seorang penjawat awam.

 “Saya setuju dengan cadangan isytihar harta, tetapi apa keperluannya? Saya bukan penjawat awam. Tetapi saya bersedia melakukannya jika ada arahan parti untuk jernihkan kerajaan,” ujarnya

Naib Presiden partinya, Rafizi Ramli sebelum ini menggesa Adam untuk membuat pengisytiharan harta miliknya susulan pendedahan yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

 “Saya bukan proksi (menteri besar) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atau Zuraida. Kenapa semua yang berlaku di Selangor perlu dikaitkan dengan Azmin?

“Adakah semua yang sertai politik hanya kerana mahu dapat projek? Projek apa yang saya dapat, diberikan atas syarikat dengan nama saya daripada kerajaan negeri,” katanya lagi

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri