Pemegang pingat emas Olimpik 2016 ASEAN nikmati penerbangan percuma sepanjang hayat

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, atlet ASEAN yang memenangi pingat perak dan gangsa, turut diberikan penerbangan percuma masing-masing untuk tempoh lima dan dua tahun.

“Atlet yang layak akan dapat terbang ke lebih daripada 120 destinasi dalam rangkaian meluas AirAsia dan AirAsia X di Asia, Australia, Timur Tengah dan Afrika,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes berkata, atlet ASEAN yang memenangi pingat membuktikan apa sahaja boleh dicapai jika yakin pada diri sendiri dan bekerja keras untuk mencapai impian.

“Mereka telah menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja boleh bersaing, bahkan cemerlang di pertandingan peringkat tinggi. Inilah yang kami boleh lakukan untuk mereka.

“Kami berharap ini akan menggalakkan orang lain di rantau ini mengikuti jejak langkah mereka. Saya berharap dapat melihat lebih banyak pingat untuk ASEAN pada kejohanan akan datang,” katanya.

AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang membuat penerbangan terus ke semua 10 negara ASEAN, termasuk 60 laluan unik di rantau ini. –Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia